TESTIMONI - APA KATA MEREKA
SOLUSI MADU ASLI ANDA
Madu Kelulut – Khasiat Semulajadi Dan Kebaikan Yang Luar BiasaOleh: Prof Dr Zainab Ngaini, UNIMAS
Madu kelulut merupakan makanan sunnah dengan pelbagai khasiat dan alternatif ubat yang mujarab berbanding dengan madu dari lebah lain (Apis mellifera - Lebah madu, Apis dorsata - Lebah Tualang dan Apis cerana - Lebah Keran). Pengambilan madu dari sumber semulajadi merupakan amalan pemakanan yang sihat oleh pelbagai lapisan masyarakat seluruh dunia.
Madu kelulut merupakan sumber tenaga harian semula jadi dengan kandungan 80-85% karbohidrat dan nutrient (asid amino, protein, asid fenolik dan lain-lain) serta 15-20% air. Kandungan karbohidrat dalam madu kelulut terdiri daripada gula penurun seperti fruktosa dan glukosa yang mudah untuk dicerna berbanding gula yang terdapat dalam sumber-sumber lain.
Kandungan fruktosa dan glukosa dalam madu kelulut merupakan penyumbang utama yang menjadikan madu sebagai salah satu sumber tenaga dalam pemakanan. Cadangan pengambilan madu kelulut dalam pemakanan seharian dapat membantu dalam penyerapan kalsium dan magnesium yang boleh menyumbang kepada tulang dan gigi yang lebih kuat.
Kandungan polifenol dan flavonoid dalam madu kelulut turut menyumbang kepada pelbagai khasiat perubatan seperti anti-oksida, anti-kanser, anti-bakteria, anti-virus, anti-radang dan lain-lain. Asid fenolik dalam madu kelulut mempunyai keupayaan untuk menangkap radikal bebas yang boleh menyebabkan penyakit kanser, Alzheimer dan juga penuaan. Kajian kami merekodkan aktiviti anti-oksida madu kelulut adalah 4-5 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan madu dari sumber lain yang ada di pasaran.
Banyak kajian lain melaporkan keunikan amalan pemakanan madu kelulut yang mempunyai sifat anti-diabetes dan dapat menurunkan kadar glukosa darah. Madu kelulut juga mengandungi quercetin dan protein yang boleh meningkatkan daya tahan tubuh serta meningkatkan fungsi sel darah merah yang berkaitan dengan sifat anti-kanser, anti-radang, anti-bakteria, penyembuhan luka dan banyak lagi. Secara amnya, madu kelulut mempunyai nilai-nilai nutrient dan manfaat yang tinggi serta sesuai untuk amalan makanan harian.
Prof Dr Zainab Ngaini(AMIC: M2428/5045/07)- Chemist & Professor (Organic Chemistry)- Konsultan Bayu Kelulut- Member of Malaysian Institute of Chemistry (AMIC)
Dapatkan Madu Asli Bayu Kelulut Di SINI